Skip to main content

Saps Ibu Bapa - Semakan Keputusan Peperiksaan Online

Saps Ibu bapa
Saps Ibu Bapa
Semakan keputusan peperiksaan bagi murid-murid di sekolah rendah dan menengah boleh dilakukan secara di atas talian. Kini ibu bapa tidak lagi perlu menunggu anak-anak membawa pulang buku rekod keputusan peperiksaan masing-masing, semuanya boleh dilakukan secara online di Saps Ibu Bapa.

Apakah itu Saps?

Saps bermaksud Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah, iaitu sebuah portal untuk guru-guru memasukkan markah murid-murid yang telah menduduki peperiksaan.

Selain itu, di dalam Saps ini juga, ibu bapa boleh menyemak keputusan Ujian yang telah anak mereka duduki.

SAPS SEMAKAN IBU BAPA


Bagaimana cara untuk membuat semakan?

Langkah untuk menyemak keputusan ujian:

1. Login di: https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
2. Masukkan Nombor Kad Pengenalan Pelajar
3. Pilih Sekolah: Sekolah Menengah atau Rendah
4. Pilih Tahun
5. Masukkan Kod Pengesahan
6. Tekan Semak
7. Pilih Jenis Peperiksaan: Contoh Peperiksaan Pertengahan Tahun
8. Klik Papar Slip Keputusan

Pastikan anda mempunyai perisian Acrobat Reader untuk membuka fail PDF.


Selepas, berjaya membukanya anda boleh lihat keputusan yang anak anda perolehi. Sekiranya tidak berpuas hati, bersabar dahulu, anda tanya dahulu anak anda. Mungkin dia ada jawapannya, kemudian barulah anda bertanya kepada pihak sekolah, boleh juga bertanya kepada guru kelas.

Markah biasanya akan lengkap setelah SU Peperiksaan membuat pengesahan, oleh itu jika anda lihat keputusan belum keluar, kedudukan dalam kelas belum ada, anda boleh tunggu dulu sehingga di maklumkan semakan boleh dibuat.

Ujian yang dimasukkan di dalam sistem biasanya adalah 3 kali setahun iaitu:

  • Ujian Awal Tahun
  • Ujian Pertengahan Tahun
  • Ujian Akhir Tahun

Selamat menyemak keputusan anak anda, jangan lupa kongsikan dan bookmark cara untuk menyemak keputusan anak anda di sini.

Comments